Saturday, February 20, 2010

Majlis Taklimat Pusat Pegamalan Tarekat

Majlis Taklimat Pusat Pengamalan Tarekat bagi Tarekat AL-Ahmadiyyah telah berlansung di Surau Kampong Pondok Rasah. Dianggarkan seramai 200 orang telah menghadiri majlis ini. Ia terdiri daripada 10 keluarga anak-anak Sheikh Haji Mohd Said Al-Linggi. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat berkaitan Enakmen Tarekat oleh Ustaz Hj Zaidi b. Ramli .Ia kemudiannya diteruskan dengan taklimat berkaitan projek pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat oleh Dr Mohd Khadzir dan Ir. Mohd Hiffni. Di sini juga telah dilancarkan wakaf lantai bagi pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat serta blog Tarekat Al-Ahmadiyyah.Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad.

Majlis ini memberi peluang kepada ahli keluarga untuk mengeratkan silaturrahim. Pelancaran wakaf telah berjaya mendapat sambutan daripada ahli-ahli keluarga yang hadir. Skim wakaf ini akan diperluaskan kepada ikhwan-ikhwan tarekat di seluruh negara termasuk Brunei, Thailand dan Singapura.

Bagi sesiapa yang berminat menyertai skim wakaf, nilai yang ditawarkan ialah RM 100 bagi setiap satu kaki persegi. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi bendahari projek ini iaitu 013-3612867. Sumbangan boleh disalurkan ke Pusat Pengamalan Attariqah Alahmadiyah No.Akaun 05012010065511 ( BIMB Seremban ),555014108233(Maybank Islamic) atau Tarekat AlAhmadiah AlIdrisiyyah ArRasyidiyyah AdDandrawiyyah No.Akaun 05040001158107(CIMB Islamic).