Tuesday, February 16, 2010

Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyyah

-->
Pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Tasawuf bagi Tarekat Ahmadiyyah merupakan satu usaha suci yang memerlukan komitmen seluruh ahli keluarga As-Saidiyyah dan pengamal-pengamal Tarekat Ahmadiyyah untuk memperkasakan Tarekat Ahmadiyyah.

Merujuk Kewajipan Syeikh dalam Bahagian VI,  Per 13.(4) dalam Enakmen Tarekat Tasawuf ( 2005 ) Negeri Sembilan dinyatakan bahawa ' Syeikh bagi tarekat tasawuf yang berdaftar hendaklah menjadikan pusat pengamalan tarekat tasawufnya sebagai pusat pengajian dan penyebaran serta pengembangan ilmu bagi manfaat ahli tarekatnya'.  Oleh itu kewujudan pusat ini sangat penting untuk menghidupkan budaya ilmu, membimbing ahli-ahli tarekat beramal berpandukan akidah dan syariat, memastikan ahli-ahli berdaftar serta mengawal pengamal Tarekat dari sebarang penyelewengan dalam amalan. Pusat ini juga sebagai pusat rujukan dan penyelidikan berkaitan perkembangan tarekat Ahmadiyyah di Asia Tenggara khususnya negara Malaysia.Oleh itu pelbagai kemudahan disediakan dalam struktur binaan pusat ini . Antaranya ialah ruang galeri, perpustakaan, bilik-bilik kuliah, bilik rundingan, ruang pejabat, bilik IT, ruang solat, dewan , pejabat pentadbiran dan lain-lain.

Perkembangan dunia hari ini memerlukan Tarekat ditadbir urus secara profesional dan terancang. Ahli-ahli tarekat hendaklah mendalami ilmu-ilmu agama dan pada masa yang sama menguasai bidang-bidang ilmu semasa. Kewujudan pusat pengamalan tarekat tasawuf bagi Tarekat Ahmadiyyah ini dapat merealisasikan matlamat mewujudkan ahli zikir yang berfikir secara realistik dan menyumbang untuk membangunkan masyarakat yang beriman dan beramal soleh.

-->
MATLAMAT:
1. Menyediakan pusat pengamalan untuk ahli-ahli Tarekat Ahmadiyyah
2. Memperkasa Tarekat Ahmadiyah
3. Memasyarakatkan Tarekat Ahmadiyah
4. Mengukuhkan keilmuan, kefahaman dan amalan pengamal-pengamal tariqat Ahmadiyah
5. Mengemaskini maklumat ahli-ahli Tarekat Ahmadiyyah
6. Menyediakan ruang pameran dan galeri Tarekat Ahmadiyah
7. Pusat rujukan pengamal-pengamal Tarekat
8. Pusat penyelidikan berkaitan Tarekat Ahmadiyyah\

HADIS SAHIH:
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
)رواه مسلم(
MAKSUDNYA:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:” Jika anak Adam telah meninggal dunia maka terputus semua amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”
(Riwayat Muslim)
-->