KENALI SYEIKH
TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH

1.
Maklumat Peribadi:
i.
Nama: Dato’ Haji
Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
ii.
Tarikh lahir :
05.05.1937
iii.
Kewarganegaraan: Malaysia
2. Maklumat Pendidikan:
i.
Ijazah
Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
ii.
Maahad Kaherah,
Mesir
iii.
Madrasah Al-Masyhoor,
Pulau Pinang
iv.
Madrasah al-Attas, Johor Bahru
v.
Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
vi.
Sekolah
Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3. Pengalaman Kerja:
i.
Mufti Kerajaan
Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
ii.
Kadi Besar Negeri
Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama
( 1984 – 1987 )
iii.
Pegawai
Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
iv.
Kadi Daerah Kuala
Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
v.
Guru Agama di
Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S. ( 1974 - 1976 )
4. Anugerah:
i.
Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan
(DKNS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1988.
ii.
Mendapat anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1421H
peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
iii.
Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang
pada tahun 2004
iv.
Mendapat anugerah Tokoh Ulama’ sempena Sambutan
100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh
Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.
5. Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah
Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai
Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi
kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi
Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-‘Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau
lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama
Tarekat Ahmadiah.
Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad
6. Sumbangan:
Semasa menjawat
jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
i.
Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004)
dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini
dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
ii.
Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf
Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada
tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi.
iii.
Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang
Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj
untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq
seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa
ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan
dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
iv.
Di bawah pimpinannya,
sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya
menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk
memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.
7. Pengiktirafan:
i.
Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri
Sembilan (1984-1987) mendapat sokongan
daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon.
Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana
beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat
jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
ii.
Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama
Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun
1980 hingga kini.
iii.
Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan
bersama-sama Sohibus Samahah Dato’ Hj.
Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan),
Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah
Khalidiyah), Dr.
Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi
(Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).
iv.
Membentangkan kertas kerja yang bertajuk
“Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan” di Seminar Negara
Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang
Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran
Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia
Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti
Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat
Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah
merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei
sebagai sebuah “Negara Zikir”.
8. Pengalaman:
i.
Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di
Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 .
Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
ii.
Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah
meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin
menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat
Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia
Tuanku untuk memilih Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia.
Dato’ Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah
sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali
lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat
Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
iii.
Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang
Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama’ dan
mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa
kebangsaan.
iv.
Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam
pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.
9. Aktiviti Semasa:
i.
Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa
tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan
kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai
pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a) Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat
Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b) Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan
Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari
Selasa ( malam ) di surau Madrasah
As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c) Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab
yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam
kuliah-kuliah yang diadakan
d) Menolak sebarang amalan bid’ah dan khurafat
dalam aktiviti tarekat serta amalan
taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah
manusia biasa yang tidak maksum
e) Membimbing ahli-ahli tarekat supaya
beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau
melakukan sebarang perubahan.
f) Memimpin majlis-majlis zikir dan
majlis-majlis haul berpandukan prosedur
yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g) Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf ( 2005 ) N.Sembilan.
h) .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat
yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain serta negara-negara
lain seluruh dunia
i) Mempertingkat kefahaman masyarakat
tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri
Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j) Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan
kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k) Menerima kunjungan alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari
dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato’
Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ),
Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ),
Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid (
Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir
Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam
negeri.
ii.
Beliau juga masih mengajar dan berceramah di
beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa
tempat di Selangor.
iii.
Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan
dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan