Wednesday, August 22, 2012
Sunday, March 11, 2012
Tarikh: 26 Disember 2012
Assalamualaikum wm.wbr
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran dengan lafaz 'Alhamdulillah' dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang wakaf untuk membina Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah. Komitmen dan kesungguhan yang diterjemahkan dalam bentuk sumbangan wakaf serta doa Dato'/ Datuk /Datin /Tuan/Puan telah mempermudah usaha memperkasa Tarekat Ahmadiyah.
Bangunan berkenaan telah siap sebanyak 90%. Pada awalnya , Fasa 1 ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2012 tetapi atas sebab-sebab teknikal maka dilanjutkan sehingga bulan Disember ini. Sehingga kini, pihak kontraktor telah menyiapkan Aras Bawah dengan memasang pintu dan cermin tingkap serta menyiapkan pagar bahagian hadapan bangunan. Kemudahan eletrik dan bekalan air sedang dalam proses. Begitu juga dengan Aras Satu dan Aras Dua telah disiapkan. Kelengkapan lain seperti perabot dan hiasan dalaman akan diusahakan dari masa ke semasa. Insyaallah, dengan berkat doa dan komitmen semua ikhwan dan muslimin muslimat yang menyumbang untuk projek ini, Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah ini akan mula beroperasi pada awal Januari tahun 2013. Adalah diharapkan semoga Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah ini menjadi mercu tanda tarekat Ahmadiyah di negara ini.
Pembinaan bangunan ini adalah hasil sumbangan wakaf ikhwan dan ahli tarekat serta masyarakat Islam . Setakat ini, JK Pembinaan Pusat Pengamalan tarekat ini tidak ada menerima sebarang bantuan kewangan dari kerajaan negeri. Oleh itu , sumbangan yang berterusan sangatlah dialu-alukan bagi meneruskan pembinaan dan pengurusan pusat tarekat. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Pusat Pengamalan Attariqah Alahmadiah di BIMB( 05012010065511), Maybank Islamic (555014108233) dan akaun Tarekat Alahmadiah Alidrisiyyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah di CIMB Islamic ( 05040001158107 ).
Pihak pengurusan Tarekat AlAhmadiyah AlIdrisiyyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah juga berharap agar para penyumbang, ahli dan ikhwan tarekat AlAhmadiyah AlIdrisiyyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah khususnya tidak terpengaruh dengan sebarang berita atau maklumat yang mengelirukan atau sengaja direka-reka berkaitan perkembangan tarekat. Oleh itu jika terdapat sebarang kemusykilan, silalah hubungi Bendahari ( Tel: 013-3612867 ).
Sekian, terima kasih. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas keikhlasan dan kebaikan Datuk/ Dato' /Datin/Tuan /Puan sekelian.
Bendahari,
JK Pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah
Wednesday, February 22, 2012
Surat Pekeliling Bil 1 Tahun 2012
Kepada,
Semua ahli keluarga, ahli dan ikhwan Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah.
Per: Surat Pekeliling Bil.1 / 2012
Makluman Tentang Kebenaran dan Kelulusan menjalankan atau mengadakan kuliah atau majlis atau sebarang aktiviti di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan
Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang peraturan mendapatkan kebenaran dan kelulusan menjalankan atau mengadakan kuliah atau majlis atau sebarang aktiviti di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan
2. Tujuan Makluman:
Makluman ini bertujuan menjelaskan perkara berkaitan kebenaran dan kelulusan berkenaan kerana pihak pengurusan dan pentadbiran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah bertanggungjawab memastikan keselamatan aset, premis dan peralatan serta ahli keluarga Sheikh Haji Ahmad yang tinggal di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan.
3. Matlamat akhir makluman ini adalah bagi memudahkan ahli keluarga, para ikhwan dan ahli-ahli tarekat dan agar semua pihak mematuhi peraturan berhubung penggunaan premis-premis di Madrasah As-Saidiyah. Makluman ini adalah berpandu kepada perkara-perkara berikut;
1. Merujuk kepada Enakmen Tarekat Tasawuf ( 2005 ), Madrasah As-Saidiyah telah didaftarkan sebagai pusat pengamalan bagi Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah pada 25 Julai 2007 [ No. Pendaftaran: KNNS.BTT.070-2/1 (5) ]
Oleh itu premis-premis yang terdapat di Kampung Pondok Rasah hanya boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tarekat tasawuf yang berkaitan dengan Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah sahaja.
2. Merujuk kepada Warta Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 02 Jun 1993, Lot 7635 dan 7636 yang diwakafkan sebagai surau adalah di bawah jagaan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan . Oleh sebab Sheikh Hj Ahmad adalah Sheikh Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah maka surau ini akan hanya digunakan untuk aktiviti-aktiviti Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah sahaja.
3. Barang siapa atau mana-mana ahli keluarga , ahli atau ikhwan tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah yang ingin menggunakan surau atau premis-premis lain untuk sesuatu majlis atau kuliah atau aktiviti , hendaklah memohon secara bertulis daripada Sheikh Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah sekarang iaitu Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad.
4. Borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Pusat Pengamalan Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah di alamat berikut, iaitu;
Ibu Pejabat
Pusat Pengamalan Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah ,
Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah,
Kampung Pondok Rasah, 70300,
Seremban, N.Sembilan.
5. Makluman ini boleh diakses dari www.Alahmadiyah-rasah.Blogspot.com . Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua ahli keluarga, ahli dan ikhwan Tarekat Al-Ahmadiyah Alidrisiyah Arrasyidiyah AdDandrawiyah. Atas kerjasama tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.
.
Yang benar,
Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad,
Sheikh Tarekat Al--Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah
s.k.
1. Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan.
2. Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Friday, October 7, 2011
SURAT PEKELILING BIL.1/2011 Tarekat Al-Ahmadiyah
Ibu Pejabat Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyah
Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah
Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, 70300,
Seremban, Negeri Sembilan.
Semua Ahli dan Ikhwan Tarekat Al-Ahmadiyah
Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah,
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING BIL. 1/2011 :
Makluman Tentang Pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah Di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005 dan Kewajipan Semua Ahli Tarekat yang Berdaftar
Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005 dan Kewajipan ahli-ahli tarekat serta perkara-perkara yang boleh membatalkan keahlian.
2. Tujuan Makluman:
Makluman ini disusun dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami oleh semua ahli Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah bagi memastikan mereka memahami fakta-fakta penting berhubung pendaftaran tarekat, menyedari kepentingan mendaftar sebagai ahli tarekat serta melaksanakan kewajipan sebagai ahli tarekat serta memahami perkara-perkara yang boleh menyebabkan pemecatan dari menjadi ahli tarekat.
Matlamat akhir makluman ini adalah membolehkan ahli-ahli tarekat mematuhi amalan yang seharusnya diamalkan sebagai ahli tarekat tasawuf supaya mereka mampu menghayati ilmu –ilmu syariat dan lebih peka tentang pentingnya kesepaduan antara iman, ilmu dan amal di samping melahirkan ahli-ahli tarekat yang sentiasa memelihara diri dari amalan khurafat, bid’ah dan sesat dalam usaha mencapai keridhaan Allah.
3.Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua ahli dan ikhwan yang dikenali.
Yang benar,
( Dato’ Sheikh Hj Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad)
Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah.
SOAL JAWAB
BERSAMA SHEIKH TAREKAT ALAHMADIYAH ALIDRISIYAH ARRASYIDIYAH ADDANDRAWIYAH
Bahagian A: Tarekat Al-Ahmadiyah
Soalan 1. Adakah Tarekat Al-Ahmadiyah didaftarkan sebagai Tarekat
Tasawuf ?
Jawapan: Ya, Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah
Ad-Dandrawiyah didaftarkan di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf
( Negeri Sembilan ) 2005
Soalan 2: Boleh Dato’ jelaskan butir-butir pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah?
Jawapan:
i. Nama: Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah
ii. No. Pendaftaran: JMKNNS.BTT.070-2/1 (5)
iii. Tarikh Pendaftaran: 25 Julai 2007
iv. Sheikh Tarekat: Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Haji Ahmad
v. Alamat: Madrasah As-Sa’idiyah, Kampung Pondok Rasah, 70300, Seremban, Negeri Sembilan
Soalan 3: Di manakah pejabat pentadbiran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah?
Jawapan: Alamatnya ialah di Ibu Pejabat, Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah, Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.
Bahagian B : Pendaftaran Sebagai Ahli Tarekat Al-Ahmadiyah
Soalan 4: Bagaimanakah cara memohon sebagai ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?
Jawapan: Para pemohon hendaklah mengisi borang keahlian yang disediakan.
Soalan 5: Bagaimana pemohon boleh mendapatkan borang permohonan?
Jawapan: Borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah, Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. ( Sila hubungi Ustaz Mohd Hasif bin Dato’ Haji Mohd Murtadza , No. Tel: 019-2416644 )
Soalan 6: Bagaimanakah seseorang pemohon itu boleh mengetahui keputusan
permohonannya?
Jawapan: Para pemohon akan dimaklumkan secara bertulis dan diberikan nombor keahlian serta kad keahlian serta satu salinan senarai kewajipan ahli Tarekat Al-Ahmadiyah
Soalan 7:Adakah sebarang bayaran yang dikenakan sebagai ahli Tarekat Al-
Ahmadiyah?
Jawapan: Tiada sebarang bayaran dikenakan kerana pendaftaran ahli.Bayaran yang perlu dibayar hanyalah untuk Kad Ahli Tarekat Al-Ahmadiyah sahaja.
Soalan 8: Adakah seseorang ahli itu perlu ditalqinkan oleh Sheikh tarekat?
Jawapan: Ya, seseorang ahli itu hendaklah ditalqinkan oleh Sheikh tarekat.
Soalan 9: Adakah seseorang ahli itu perlu berbaiah dengan Dato’ Sheikh?
Jawapan: Ya, seseorang ahli itu hendaklah berbaiah dengan Dato’ Sheikh.
Soalan 10: Sekiranya seseorang itu sudah menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah sebelum pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah pada 25 Julai 2007 , adakah ia perlu mendaftar semula?.
Jawapan: Ya , semua ahli Tarekat Al-Ahmadiyah ( lama dan baru Hendaklah ia mendaftar semula dengan menggunakan borang baru yang disediakan.
Bahagian C: Tanggungjawab Ahli Tarekat Al-Ahmadiyah
Soalan 11: Apakah tanggungjawab seseorang ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?
Jawapan:
i. Memiliki buku- buku Tarekat Ahmadiah iaitu Pengantar Tarekat Ahmadiyah, Safinatus Salamah dan Aurad serta buku-buku lain yang dicadangkan dari masa ke semasa
ii. Menghadiri mana-mana kuliah Sheikh Tarekat iaitu Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Hj Ahmad sama ada di Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, Melaka dan lain-lain
iii. Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005
iv. Mematuhi hukum Syarak dan berpegang dengan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w
v. Mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan
Soalan 12: Apakah amalan dan zikir khusus di dalam Tarekat Ahmadiyyah?
Jawapan: Sila rujuk buku Pengantar Tarekat Al-Ahmadiyah
Soalan 13: Apakah amalan-amalan asas seseorang ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?
Jawapan: Sila rujuk buku Pengantar Tarekat Al-Ahmadiyah
Bahagian D: Gugur keahlian Tarekat
Soalan 14: Apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu terbatal dari menjadi
ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?
Jawapan: Seseorang itu dengan sendirinya terbatal daripada menjadi ahli
Tarekat Al-Ahmadiyah apabila berlaku sebab-sebab berikut, iaitu;
i. Ia tidak membuat permohonan baru menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah mulai 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432H; atau
ii. Ia sendiri memohon untuk membatalkan keahliannya ; atau
iii. Ia melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang tertulis di dalam Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005; atau
iv. Ia melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Syarak dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan; atau
v. Dengan budi bicara Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah, atas sebab-sebab yang munasabah Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah membuat keputusan bahawa ia wajar dipecat dari menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah
Soalan 15: Apakah akibatnya apabila seseorang itu terlucut dari menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?
Jawapan:
i. Seseorang yang terbatal keahliannya sebagai ahli Tarekat Al-Ahmadiyah maka ia telah dengan sendirinya terputus sanad dengan Sheikh-syeikh dan Tuan-tuan guru Tarekat Al-Ahmadiyah
ii. Ia akan dipecat dan namanya akan dikeluarkan dari senarai ahli-ahli Tarekat Al-Ahmadiyah
iii. Jika dikehendaki, ia hendaklah mengemukakan semula permohonan baru untuk menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah
iv. Ia tidak boleh menggunakan mana-mana premis di Madrasah As-Saidiyah tanpa kebenaran Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah
PEMBERITAHUAN:
Para pemohon keahlian Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah yang telah melengkapkan borang permohonan, akan dimaklumkan tarikh untuk ‘ Talqin dan Bai’ah ‘ bersama Dato Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad.
Thursday, October 6, 2011
Tokoh Ulamak
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan ke atas jasa dan sumbangan Dato' Sheikh Hj Mohd Murtadza dalam memartabatkan Islam sepanjang perkhidmatan Dato' Sheikh hinggalah sekarang ( selepas bersara ).Ketokohan , kepimpinan ,kegigihan dan keikhlasan Dato' Sheikh dalam usaha-usaha dakwah Islamiyah sewajarnya menjadi teladan kepada masyarakat khususnya generasi muda.



Sunday, August 28, 2011
Perutusan Hari Raya 'Idil Fitri Dari Sheikh Tarekat AlAhmadiyah
PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H
SHEIKH TAREKAT ALAHMADIYAH ALIDRISIYAH ARRASYIDIYAH ADDANDRAWIYAH
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه باحسان الى يوم الدين أما بعد
Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agama-Nya, melengkapkan nikmat-Nya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah... Amin!
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kita telah dapat menyempurnakan ibadat puasa Ramadan. Pada bulan ini pahala setiap kebajikan digandakan. Allah mengurniakan kepada umat Islam pelbagai keistimewaan untuk menghampirkan diri ( bertaqarrub ) kepada Allah dan menjadi hambaNya yang bertakwa. Dengan nikmat kesihatan yang ada, membolehkan kita melaksanakan berbagai perkara yang baik sepanjang bulan yang mulia dan diberkati ini. Dengan izinNya maka kita berpeluang menghidupkan Ramadan dengan tilawah dan tadarus Al-Quran, memperbanyakkan istighfar, berselawat, melaksanakan infak, bersolat Terawih, Qiamulail, beriktikaf di masjid, berzikir , menghadiri majlis ilmu, membaca buku dan seumpamanya. Kita bukan sahaja melaksanakan ibadat secara bersendirian bahkan secara berjamaah. Kita bukan sahaja melakukan perkara yang baik untuk diri sendiri bahkan berpeluang membuat kebaikan kepada orang lain.
Saya ingin menggunakan kesempatan ini mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada para ikhwan dan ahli-ahli tarekat AlAhmadiyah yang ikhlas dan istiqamah beramal dengan amalan yang diterima daripada tuan-tuan guru dan Syeikh tarekat iaitu Sidi Ahmad Idris, Sidi Ibrahim ArRasyid dan Sidi Muhammad AdDandrawi. Saya berkeyakinan bahawa fitnah yang berlaku adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita konsisten dengan amalan yang benar serta menjauhi perkara-perkara bid’ah, khurafat dan menyeleweng dari syariat. Oleh itu saya komited meneruskan ajaran tuan-tuan guru dan syeikh-syeikh tarekat dan akan terus berusaha memperkasakan tarekat AlAhmadiyah dengan menyuburkan budaya ilmu dan amalan berzikir berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Mudah-mudahan kita dapat menyambut Hari Raya dengan pelbagai amalan yang baik dan betul, amalan-amalan yang membesarkan Allah dan menjauhi maksiat .
SELAMAT HARI RAYA ‘IDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
Ikhlas dari,
Dato’ Sheikh Hj Mohd Murtadza bin Sheikh Hj Ahmad,
Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah,
Seremban, Negeri Sembilan
Perkembangan Terkini Projek ( 06 September 2011)


















