Tuesday, September 14, 2010

Komitmen para ikhwan bagi menjayakan pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Tasawuf

Assalamualaikum wm wbr,
Para ikhwan yang dirahmati Allah.

Majlis Pecah Tanah untuk pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Tasawuf bagi Tarekat Ahmadiyyah telah disempurnakan pada 7 Ogos 2010 yang lalu bertempat di tapak projek. Pihak kontraktor juga telah dipilih untuk membina bangunan yang dianggarkan bernilai RM5,871,284.35. Insyaallah projek akan dimulakan dalam bulan Syawal.

Sebenarnya jumlah tersebut tidaklah begitu besar jika kita boleh memberikan sokongan padu dan menunjukkan kesungguhan bagi menjayakannya. Komitmen dan sokongan berterusan para ikhwan sangatlah diharapkan bagi memastikan kejayaan projek ini. Sekiranyanya kita dapat mengumpulkan seramai seribu ahli yang komited memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 seorang , maka dalam tempoh setahun kita boleh mengumpulkan Rm1 juta. Oleh itu kita memerlukan seramai 5,000 ikhwan yang sedia menyumbang sebanyak RM1,000 DALAM TEMPOH SETAHUN untuk mengumpulkan sebanyak RM5 juta.

Tuan / puan boleh menunjukkan sokongan dengan menyertai Skim Komitmen Wakaf melalui cara-cara berikut, iaitu:
i. Potongan gaji dengan arahan kepada BIMB ( Standing instruction )
ii. Bayaran secara on-line ( electronic transfer )
iii. Deposit ke dalam akaun BIMB Seremban ( No.Akaun 05012010065511 )
iv. Bayaran dengan cek kepada Pusat Pengamalan Attariqah Alahmadiyah

Penyertaan tuan / puan sangatlah dialu-alukan. Oleh itu sesiapa yang berminat menyertai skim ini boleh menghubungi Bendahari ( Tel: 013-3612867 / e-mail : zuahamad@yahoo.com.)
Atas sokongan tuan / puan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah menerima dan memberkati amalan kita, amin ya rabbal alamin.

Yang benar,
Bendahari,
JK Pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Tasawuf bagi Tarekat Ahmadiyyah