1.Kuliah Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad diadakan setiap Selasa ( malam) di surau Madrasah AsSaidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban . Kuliah bermula selepas solat Maghrib.
Semua ikhwan dan ahli Tarekat Ahmadiyah AlIdrisiyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah dijemput menghadiri kuliah Dato' Sheikh bagi meningkatkan keilmuan, kefahaman dan amalan serta zikir-zikir dalam usaha membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Kuliah ini juga terbuka kepada muslimin muslimat yang berminat memahami Tarekat Tasawuf khususnya Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah
2.Sesiapa yang berminat bertalaqqi bacaan AlQuran dengan Ustaz Haji Mohammad Muhsin bin Syeikh Hj Ahmad boleh menghadiri kelas AlQuran pada setiap hari Selasa dan Rabu di Pusat Pengamalan Tarekat AlAhmadiyyah, Kg Pondok Rasah Seremban, jam 4-00 - 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0126853090
3.Dapatkan buku-buku Tarekat Ahmadiyah hasil karya Sheikh Hj Ahmad bin Sheikh Hj Mohd Said, buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, buku-buku Agama dan cenderamata Tarekat Ahmadiyah dari AlAhmadiyah Shoppe, di Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah, Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kg Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan.
AlAhmadiyah Shoppe adalah penjual yang sah untuk semua buku karya Sheikh Hj Ahmad bin Sheikh Hj Mohd Said.
AlAhmadiyah Shoppe dibuka setiap hari ( Isnin- Jumaat jam 2.30-5.00 petang ) dan pada hari Sabtu jam 9.30 pagi - 12.00 tengahari dan semasa majlis-majlis zikir yang diadakan di Madrasah AsSaidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, N.Sembilan .
Sebarang urusan, sila hubungi Encik Isa bin Daud ( 019-6508490 )
4. TERKINI ....Dalam usaha memperkasakan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah maka beberapa usaha sedang dilaksanakan demi kemajuan dan pembangunan fizikal Madrasah As-Saidiyyah. Antaranya ialah pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyyah dan menaiktaraf Surau Madrasah As-Saidiyyah.
Di bawah kepimpinan Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Hj Ahmad yang berpengalaman luas dalam pentadbiran urusan hal ehwal agama dan pengurusan tarekat maka Tarekat Ahmadiyyah melangkah setapak lagi ke arah membina semula surau Madrasah As-Saidiyyah yang serba uzur dan daif, sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa bagi menyediakan keselesaan untuk jamaah bersolat dan berzikir dan menjalankan berbagai aktiviti selaras dengan Enakmen Tarekat Tasawuf ( 2005 ) Negeri Sembilan.
Oleh itu , para ikhwan dan masyarakat setempat yang berminat untuk mengetahui maklumat yang betul dan sahih berhubung projek ini digalakkan supaya mendapatkannya dari sumber yang sah . Sebagai pengamal tarekat seharusnya kita berlapang dada, bersikap positif dan menjauhi prasangka serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai serta menjaga dan memelihara sensitiviti dan menghormati nama baik Madrasah As-Saidiyyah.
Broucher Wakaf
Sila kirim borang yang lengkap ke alamat Bendahari :
1622, Jalan Rasah, 70300, Seremban, Negeri Sembilan
Kenangan Indah Bersama-sama Ayahanda Sheikh Haji Ahmad b. Sheikh Haji Mohd Said
Buku Kenangan Indah Bersama-sama Ayahanda kini boleh dipesan . Sila masukkan RM 20 + Rm4(postage) di Bank Islam 05012010065511 ; Pusat Pengamalan Attariqah Alahmadiah.
Sila emailkan bukti bayaran serta alamat anda ke email zuahamad@yahoo.com dan SMS 013-3612867 untuk tindakan.