Sunday, March 11, 2012

Perkembangan Terkini Projek Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah
Tarikh: 26 Disember 2012

Assalamualaikum wm.wbr
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran dengan lafaz 'Alhamdulillah' dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang wakaf untuk membina Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah. Komitmen dan kesungguhan yang diterjemahkan dalam bentuk sumbangan wakaf serta doa Dato'/ Datuk /Datin /Tuan/Puan telah mempermudah usaha memperkasa Tarekat Ahmadiyah.

Bangunan berkenaan telah siap sebanyak 90%. Pada awalnya , Fasa 1 ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2012  tetapi atas sebab-sebab teknikal maka dilanjutkan sehingga bulan Disember ini.  Sehingga kini, pihak kontraktor telah menyiapkan Aras Bawah dengan memasang pintu dan cermin tingkap serta menyiapkan pagar bahagian hadapan bangunan. Kemudahan eletrik dan bekalan air sedang dalam proses. Begitu juga dengan Aras Satu dan Aras Dua telah disiapkan. Kelengkapan lain seperti perabot dan hiasan dalaman akan diusahakan dari masa ke semasa.  Insyaallah, dengan berkat doa dan komitmen semua ikhwan dan muslimin muslimat yang menyumbang untuk projek ini, Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah ini akan mula beroperasi pada awal Januari tahun 2013. Adalah diharapkan semoga Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah ini  menjadi mercu tanda tarekat Ahmadiyah di negara ini.

Pembinaan bangunan ini adalah hasil sumbangan wakaf ikhwan dan ahli tarekat serta masyarakat Islam . Setakat ini, JK Pembinaan Pusat Pengamalan tarekat ini tidak ada menerima sebarang bantuan kewangan dari kerajaan negeri. Oleh itu , sumbangan yang berterusan sangatlah dialu-alukan bagi meneruskan pembinaan dan pengurusan pusat tarekat. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Pusat Pengamalan Attariqah Alahmadiah di BIMB( 05012010065511), Maybank Islamic (555014108233) dan akaun Tarekat Alahmadiah Alidrisiyyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah di CIMB Islamic ( 05040001158107 ).

Pihak pengurusan Tarekat AlAhmadiyah AlIdrisiyyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah juga berharap agar para penyumbang, ahli dan ikhwan tarekat AlAhmadiyah AlIdrisiyyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah khususnya tidak terpengaruh dengan sebarang berita atau maklumat yang mengelirukan atau sengaja direka-reka berkaitan perkembangan tarekat. Oleh itu jika terdapat sebarang kemusykilan, silalah hubungi Bendahari ( Tel: 013-3612867 ).

Sekian, terima kasih. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas keikhlasan dan kebaikan Datuk/ Dato' /Datin/Tuan /Puan sekelian.



Bendahari,
JK Pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah