Sunday, August 28, 2011

Perkembangan Terkini Projek ( 06 September 2011)

Alhamdulillah, pembinaan Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah sudah mencapai 48.68%. Terkini , atap bumbung sedang dipasang di tingkat tiga. Para pekerja juga sedang menyiapkan bahagian Aras Bawah yang mengandungi Pejabat pentadbiran, bilik Dato' Sheikh, AlAhmadiyah Shoppe, bilik mesyuarat, bilik galeri, ruang menunggu dan bahagian hadapan ( entrance ). Tahniah kepada Pasukan Juru Perunding & Kontraktor, JK Pembinaan Pusat Tarekat serta semua pihak yang memberikan sumbangan moral dan material bahkan doa yang berterusan untuk merealisasikan pembinaan mercu tanda Tarekat AlAhmadiyah AlIdrisiyah ArRasyidiyah AdDandrawiyah ini. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha yang mulia dan suci meneruskan visi dan misi almarhum Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Hj Mohd Said memartabatkan Islam melalui pendekatan tarekat tasawuf di Madrasah AsSaidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan..