Friday, October 7, 2011

SURAT PEKELILING BIL.1/2011 Tarekat Al-Ahmadiyah

Ibu Pejabat Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyah

Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah

Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, 70300,

Seremban, Negeri Sembilan.

Tarikh: 07 Oktober 2011


Semua Ahli dan Ikhwan Tarekat Al-Ahmadiyah

Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah,

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING BIL. 1/2011 :

Makluman Tentang Pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah Di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005 dan Kewajipan Semua Ahli Tarekat yang Berdaftar

Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005 dan Kewajipan ahli-ahli tarekat serta perkara-perkara yang boleh membatalkan keahlian.

2. Tujuan Makluman:

Makluman ini disusun dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami oleh semua ahli Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah bagi memastikan mereka memahami fakta-fakta penting berhubung pendaftaran tarekat, menyedari kepentingan mendaftar sebagai ahli tarekat serta melaksanakan kewajipan sebagai ahli tarekat serta memahami perkara-perkara yang boleh menyebabkan pemecatan dari menjadi ahli tarekat.

Matlamat akhir makluman ini adalah membolehkan ahli-ahli tarekat mematuhi amalan yang seharusnya diamalkan sebagai ahli tarekat tasawuf supaya mereka mampu menghayati ilmu –ilmu syariat dan lebih peka tentang pentingnya kesepaduan antara iman, ilmu dan amal di samping melahirkan ahli-ahli tarekat yang sentiasa memelihara diri dari amalan khurafat, bid’ah dan sesat dalam usaha mencapai keridhaan Allah.

3.Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua ahli dan ikhwan yang dikenali.

Yang benar,

( Dato’ Sheikh Hj Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad)

Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah.

SOAL JAWAB

BERSAMA SHEIKH TAREKAT ALAHMADIYAH ALIDRISIYAH ARRASYIDIYAH ADDANDRAWIYAH

Bahagian A: Tarekat Al-Ahmadiyah

Soalan 1. Adakah Tarekat Al-Ahmadiyah didaftarkan sebagai Tarekat

Tasawuf ?

Jawapan: Ya, Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah

Ad-Dandrawiyah didaftarkan di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf

( Negeri Sembilan ) 2005

Soalan 2: Boleh Dato’ jelaskan butir-butir pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah?

Jawapan:

i. Nama: Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah

ii. No. Pendaftaran: JMKNNS.BTT.070-2/1 (5)

iii. Tarikh Pendaftaran: 25 Julai 2007

iv. Sheikh Tarekat: Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Haji Ahmad

v. Alamat: Madrasah As-Sa’idiyah, Kampung Pondok Rasah, 70300, Seremban, Negeri Sembilan

Soalan 3: Di manakah pejabat pentadbiran Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah?

Jawapan: Alamatnya ialah di Ibu Pejabat, Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah, Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.

Bahagian B : Pendaftaran Sebagai Ahli Tarekat Al-Ahmadiyah

Soalan 4: Bagaimanakah cara memohon sebagai ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?

Jawapan: Para pemohon hendaklah mengisi borang keahlian yang disediakan.

Soalan 5: Bagaimana pemohon boleh mendapatkan borang permohonan?

Jawapan: Borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyah, Lot 7630, Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. ( Sila hubungi Ustaz Mohd Hasif bin Dato’ Haji Mohd Murtadza , No. Tel: 019-2416644 )

Soalan 6: Bagaimanakah seseorang pemohon itu boleh mengetahui keputusan

permohonannya?

Jawapan: Para pemohon akan dimaklumkan secara bertulis dan diberikan nombor keahlian serta kad keahlian serta satu salinan senarai kewajipan ahli Tarekat Al-Ahmadiyah

Soalan 7:Adakah sebarang bayaran yang dikenakan sebagai ahli Tarekat Al-

Ahmadiyah?

Jawapan: Tiada sebarang bayaran dikenakan kerana pendaftaran ahli.Bayaran yang perlu dibayar hanyalah untuk Kad Ahli Tarekat Al-Ahmadiyah sahaja.

Soalan 8: Adakah seseorang ahli itu perlu ditalqinkan oleh Sheikh tarekat?

Jawapan: Ya, seseorang ahli itu hendaklah ditalqinkan oleh Sheikh tarekat.

Soalan 9: Adakah seseorang ahli itu perlu berbaiah dengan Dato’ Sheikh?

Jawapan: Ya, seseorang ahli itu hendaklah berbaiah dengan Dato’ Sheikh.


Soalan 10: Sekiranya seseorang itu sudah menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah sebelum pendaftaran Tarekat Al-Ahmadiyah pada 25 Julai 2007 , adakah ia perlu mendaftar semula?.

Jawapan: Ya , semua ahli Tarekat Al-Ahmadiyah ( lama dan baru Hendaklah ia mendaftar semula dengan menggunakan borang baru yang disediakan.

Bahagian C: Tanggungjawab Ahli Tarekat Al-Ahmadiyah

Soalan 11: Apakah tanggungjawab seseorang ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?

Jawapan:

i. Memiliki buku- buku Tarekat Ahmadiah iaitu Pengantar Tarekat Ahmadiyah, Safinatus Salamah dan Aurad serta buku-buku lain yang dicadangkan dari masa ke semasa

ii. Menghadiri mana-mana kuliah Sheikh Tarekat iaitu Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Hj Ahmad sama ada di Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, Melaka dan lain-lain

iii. Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005

iv. Mematuhi hukum Syarak dan berpegang dengan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w

v. Mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan

Soalan 12: Apakah amalan dan zikir khusus di dalam Tarekat Ahmadiyyah?

Jawapan: Sila rujuk buku Pengantar Tarekat Al-Ahmadiyah

Soalan 13: Apakah amalan-amalan asas seseorang ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?

Jawapan: Sila rujuk buku Pengantar Tarekat Al-Ahmadiyah

Bahagian D: Gugur keahlian Tarekat

Soalan 14: Apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu terbatal dari menjadi

ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?

Jawapan: Seseorang itu dengan sendirinya terbatal daripada menjadi ahli

Tarekat Al-Ahmadiyah apabila berlaku sebab-sebab berikut, iaitu;

i. Ia tidak membuat permohonan baru menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah mulai 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432H; atau

ii. Ia sendiri memohon untuk membatalkan keahliannya ; atau

iii. Ia melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang tertulis di dalam Enakmen Tarekat Tasawuf ( Negeri Sembilan ) 2005; atau

iv. Ia melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Syarak dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa atau Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan; atau

v. Dengan budi bicara Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah, atas sebab-sebab yang munasabah Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah membuat keputusan bahawa ia wajar dipecat dari menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah

Soalan 15: Apakah akibatnya apabila seseorang itu terlucut dari menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah?

Jawapan:

i. Seseorang yang terbatal keahliannya sebagai ahli Tarekat Al-Ahmadiyah maka ia telah dengan sendirinya terputus sanad dengan Sheikh-syeikh dan Tuan-tuan guru Tarekat Al-Ahmadiyah

ii. Ia akan dipecat dan namanya akan dikeluarkan dari senarai ahli-ahli Tarekat Al-Ahmadiyah

iii. Jika dikehendaki, ia hendaklah mengemukakan semula permohonan baru untuk menjadi ahli Tarekat Al-Ahmadiyah

iv. Ia tidak boleh menggunakan mana-mana premis di Madrasah As-Saidiyah tanpa kebenaran Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyah

PEMBERITAHUAN:

Para pemohon keahlian Tarekat Al-Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah yang telah melengkapkan borang permohonan, akan dimaklumkan tarikh untuk ‘ Talqin dan Bai’ah ‘ bersama Dato Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad.