Thursday, October 6, 2011

Tokoh Ulamak

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad kerana terpilih sebagai Tokoh Ulamak bersempena Sambutan 100 Tahun Madrasah AlAttas AlArabiah Johor. Majlis Sambutan telah diadakan pada 29 September 2011 bersamaan 01 Zulkaedah 1432H. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan ke atas jasa dan sumbangan Dato' Sheikh Hj Mohd Murtadza dalam memartabatkan Islam sepanjang perkhidmatan Dato' Sheikh hinggalah sekarang ( selepas bersara ).Ketokohan , kepimpinan ,kegigihan dan keikhlasan Dato' Sheikh dalam usaha-usaha dakwah Islamiyah sewajarnya menjadi teladan kepada masyarakat khususnya generasi muda.