Monday, November 18, 2013

WIRID RASULULLAH S.A.W. PAGI DAN PETANG Oleh Dr.Abdullah Yasin

Apakah makna wirid?
Maksud wirid ialah amalan yang tetap atau sentiasa dilakukan sama ada dalam bentuk bacaan ataupun yang seumpamanya. Oleh itu jika dikatakan kepada kita:
قرأت وردى " ertinya Saya membaca wiridku. menurut pengarang kitab              معجم اللغة العربية المعاصرة  perkataan wirid bermakna” bacaan yang diamalkan pad waktu pagi dan petang”. Berdasarkan pengertian di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa wirid termasuk ke dalam golongan zikrullah iaitu cara kita mengingati dan taqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah pada waktu pagi dan petang.

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w yang menggalakkan kita agar banyak mengingati Allah terutama pada waktu pagi dan petang serta malam. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 41-42, maksudnya:


" Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang."

Firman Allah dalam Surah Al-Isra, ayat 79, maksudnya: 
z
" Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji. "

FirmanNya lagi dalam surah Hud, ayat 114, maksudnya: " Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."

Rasulullah s.a.w bersabda: “ واستعينوا بالغدوة والروحة  وشئ من الدلجة ( متفق عليه )
Maksudnya:” Dan memohonlah pertolongan ( kepada Allah ) pada waktu pagi dan petang dan sedikit daripada waktu malam “.


Kesimpulannya:  Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasululah s.a.w di atas, nyatalah bahawa kita sangat digalakkan agar melakukan wirid pada waktu pagi, petang dan sedikit pada waktu malam.  Wirid adalah amalan rutin yang perlu kita lakukan berdasarkan panduan daripada Rasulullah s.a.w.